Terima Kasih

Tanggungjawab! itulah yang saya rasakan ketika saya memperbaharui domain dan hosting ini minggu lepas. Alhamdulillah tinggal beberapa hari lagi blog ini bakal berusia 2 tahun. Begitu cepat masa berlalu sedar tak sedar saya sudah pun menerima email yang meminta saya memperbaharui domain dan hosting bagi blog ini. Alhamdulillah syukur kerana mampu mengekalkan berkongsi ilmu dan pandangan melalui blog ini sehingga kehari ini.

Terus terang saya katakan, blog ini menjadi pemangkin untuk saya terus mencipta lebih kejayaan,perkongsian ilmu yang saya miliki melalui blog ini benar-benar membantu saya menjadi lebih positif dalam mengejar segala impian saya.

Dengan berkongsi sesuatu yang positif bersama Anda, sebenarnya saya menerima impak yang agak positif seterusnya membantu saya menjadi lebih matang dalam mengharungi setiap perkara yang saya lakukan, dan saya benar-benar berharap semoga blog ini memberi faedah kepada Anda sebagai pembaca.

Perkongsian saya di blog ini bukan kerana nama atau mengharapkan pujian dan sanjungan daripada Anda. Saya juga tidak pernah menyimpan impian untuk menjadi seseorang yang dikenali, tetapi saya menulis berdasarkan rasa tanggungjawab saya dan seterusnya ia adalah misi saya untuk mencapai visi saya bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat.

Saya tidak pernah berharap untuk Anda berterima kasih kepada saya, saya tidak pernah menyimpan impian untuk disanjung oleh sesiapa kerana saya yakin pujian , syukur dan sanjungan hanyalah milik ALLAH.

Saya sendiri tidak pernah tahu mengapa saya ditakdirkan berkongsi ilmu melalui blog ini, tetapi saya yakin pasti ada sebabnya yang tersendiri di luar pengetahuan saya, kerana walau sehelai daun yang gugur, pasti ada sebabnya dan hanya ALLAH sahaja yang maha mengetahui.

Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Anda semua kerana banyak memberi sokongan dan semangat untuk saya terus berkongsi ilmu kepada Anda. Hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas segala kebaikan yang telah Anda berikan.

Any Idea?

Andaikan ketika ini Anda berada dalam keseorangan tiada kawan untuk Anda berkongsi cerita. Tiba-tiba dengan izin ALLAH Anda menemui 5 orang kawan, malangnya kawan Anda tersebut hanya sanggup bersama Anda paling lama dalam tempoh seminggu sahaja, malahan Anda yang hanya bersama Anda dalam tempoh sehari sahaja. Jika Anda mengalami situasi ketika ini, siapakah yang perlu Anda persalahkan?. Pasti ada sesuatu yang tidak kena ” something wrong somewhere.

Sekiranya seorang yang datang dan meninggalkan Anda, mungkin Anda boleh menyalahkan rakan baru Anda tersebut. Tetapi bagaimana pula jika kelima-lima rakan Anda tersebut meninggalkan Anda? . Siapa yang bermasalah? Jom sama-sama kita fikirkan.

Bagaimana pula jika senario seperti ini berlaku?

Anda bekerja keras untuk mendapatkan wang. Alhamdulillah hasil usaha keras Anda pendapatan yang Anda perolehi setiap bulan amat lumayan, malah Anda boleh memperolehi pendapatan Anda hampir mencecah 5 angka dalam jangka masa sebulan sahaja. Malangnya pada hujung setiap bulan, jumlah simpanan Anda ialah RM10 sahaja, itupun kerana bank mensyaratkan Anda meninggalkan baki minimum RM10 di dalam akaun Anda untuk memastikan akaun tersebut sentiasa aktif.

Seolah-olah wang juga tidak ingin berkawan rapat bersama Anda. Banyka wang yang masuk dan banyak juga wang yang keluar. Mengapa ye?. Adakah Anda boleh mengaitkan senario yang pertama untuk menyelesaikan masalah yang saya paparkan pada senario yang kedua? Any idea? .Jom kita bincang sama-sama

Next Page »